Tarikh  13 Oktober 2024
 Masa  10.00 Pagi - 3.00 Petang
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  4 Orang

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran permainan, memperkukuhkan kerjasama berpasukan, mengenalpasti bakat baru, dan menggalakkan aktiviti sihat di kalangan belia melalui pendekatan yang berfokus kepada strategi dan teknik terkini.

Aktiviti:

1. Latihan Stratergi dan Taktik: Sesi perbincangan dan praktikal untuk memahami peta permainan, pemilihan hero, dan strategi pasukan yang efektif.

2. Simulasi Pertandingan: Mengadakan perlawanan latihan antara pasukan untuk mengasah kemahiran individu dan meningkatkan koordinasi pasukan dalam situasi pertandingan sebenar.

3. Analisis Permainan: Menonton dan menganalisis rakaman permainan profesional atau sesi permainan yang dijalankan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, serta memperbaiki teknik dan keputusan permainan.

Gambar Disini

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  12 Oktober 2024
 Masa  11.00 Pagi - 12.00 Tengahari
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  2 Orang

Tujuan:

Penerangan mengenai SPay Later, fungsi, kebaikan dan keburukan menggunakannya.

Aktiviti:

1. Memberi pendedahan awal kepada ShopeePay Later.

2. Peserta ditunjukkan prosedur menggunakan SPay Later menggunakan aplikasi Shopee apabila hendak membeli. Peserta juga diberi tunjuk ajar berkenaan kebaikan dan keburukan menggunakan SPay Later. Caj-caj yang dikenakan oleh Spay Later juga turut didedahkan semasa sesi penerangan ini.

3. Peserta memahami penggunaan SPay Later dan sanggup menanggung risiko dan caj sekiranya terlewat membuat pembayaran. 

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  7 Oktober 2024
 Masa  10.00 A.M - 11.30 P.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  3 Orang

Tujuan:

Mengenalpasti kemahiran yang sesuai dengan peserta dan mengenali modul yang akan dipelajari apabila mengikuti kursus NADI X MAHIR yang akan dijalankan nanti.

Aktiviti:

1. Penerangan berkenaan kemahiran yang ditawarkan antaranya MAHIR FOTO, MAHIR MASAK, MAHIR JAHIT, MAHIR PERTANIAN PINTAR dan MAHIR BAIKI GAJET.

2. Selang masa yang diberikan, diadakan cabutan bertuah bagi AHLI BERDAFTAR dan peserta yang terpilih mendapat hadiah yang akan dipos ke NADI tempat peserta mendaftar.

3. Peserta memahami kandungan modul dan mahir yang akan diikuti setelah tamat taklimat.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  8 Oktober 2024
 Masa  9.30 A.M - 11.30 P.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  1 Orang

Tujuan:

Memasukkan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Endah, Banting.

Aktiviti:

1. Membantu peserta menggunakan sistem dan komputer untuk mengisi laporan secara dalam talian di laman sesawang https://smpv2.perpaduan.gov.my/secure/login.

2. Peserta memahami cara penggunaan komputer dan sistem dalam mengisi laporan yang dikehendaki.

3. Peserta berjaya memasukkan laporan yang telah dijalankan di KRT Kg Endah beberapa hari yang lalu ke dalam sistem.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  22 September 2024
 Masa  10.00 A.M - 1.00 P.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  7 Orang

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran permainan, memperkukuhkan kerjasama berpasukan, mengenalpasti bakat baru, dan menggalakkan aktiviti sihat di kalangan belia melalui pendekatan yang berfokus kepada strategi dan teknik terkini.

Aktiviti:

1. Latihan Strategidan Taktik: Sesi perbincangan dan praktikal untuk memahami peta permainan, pemilihan hero, dan strategi pasukan yang efektif.