Tarikh 19 November 2024
 Masa 3.00 petang - 4.20 petang
 Tempat NADI Taman Harmoni
 Peserta 1 Orang

 

Tujuan:

Program yang mendedahkan usahawan dengan pengurusan kewangan perniagaan.

Aktiviti:

1. Peserta mendaftar kehadiran dengan menggunakan QR kod.

2. Peserta mula mendengar penerangan yang diberikan oleh penceramah berkenaan pengurusan kewangan antaranya bajet, belian, ambilan dan lain-lain.

3. Peserta memahami kandungan modul dan dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh petugas.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh 15 November 2024
 Masa 8.30 pagi - 5.00 petang
 Tempat NADI Taman Harmoni
 Peserta 10 Orang

 

Tujuan:

Program kerjasama yang melibatkan peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) zon Sepang dan NADI Taman Harmoni bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penggunaan bahan pemasaran produk melalui telefon dalam melancarkan .

Aktiviti:

1. Peserta mendaftar dengan menulis kehadiran dan menjalankan saringan kesihatan terlebih dahulu sebelum bersarapan.

2. Setelah selesai sarapan, program bermula dengan penerangan berkenaan NADI (fungsi, kemudahan, kelebihan Ahli NADI dan dan aktiviti serta program yang dijalankan di NADI).

3. Peserta diberi penerangan berkenaan Tiktok Shop dan penggunaannya di dalam telefon peserta. Peserta juga ditunjukkan bagaimana untuk menggunakan Piscart dan Canva bagi memasarkan produk mereka. Disamping itu juga, peserta didedahkan dengan penggunaan AI Chat GPT dalam menghasilkan penerangan dan gambar berkenaan perkhidmatan dan produk mereka.

4. Peserta memahami kandungan modul dan dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh petugas.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  5 November 2024
 Masa  3.00 petang - 4.00 petang
 Tempat  Sekolah Rendah Agama Batu Laut
 Peserta 100 Orang

 

Tujuan:

Menjalankan aktiviti kesedaran kepada komuniti yang terlibat iaitu pelajar sekolah rendah dengan membentangkan tajuk Jenayah Siber Pada Masa Kini.

 

Aktiviti:

1. Penerangan berkenaan NADI (fungsi, kemudahan, kelebihan Ahli NADI dan dan aktiviti serta program yang dijalankan di NADI).

2. Peserta diberi maklumat mengenai Jenaya Siber yang melibatkan murid sekolah rendah antaranya Buli Siber, Pengantunan Siber dan Penghendapan Siber. Kejadian jenayah siber seperti ini sering berlaku di kalangan murid sekolah rendah dan petugas memaklumkan kepada peserta agar sentiasa berhati-hati semasa menggunakan internet.

3. Peserta memahami kandungan modul dan dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh petugas.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  7 November 2024
 Masa 10.00 pagi - 11.00 pagi
 Tempat  PASTI An Nur, Kg Kundang
 Peserta 30 Orang

 

Tujuan:

Menjalankan aktiviti kesedaran kepada komuniti yang terlibat iaitu murid PASTI dengan membentangkan tajuk Pengenalan Komputer dan Internet.

 

Aktiviti:

1. Penerangan berkenaan NADI (fungsi, kemudahan, kelebihan Ahli NADI dan dan aktiviti serta program yang dijalankan di NADI).

2. Peserta diberi penerangan berkenaan komputer dan internet serta menonton video bagaimana internet dan komputer berfungsi.

3. Peserta memahami kandungan modul dan dapat menjawab soalan yang diutarakan oleh petugas.

Gambar Disini

_______________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  10 November 2024
 Masa  10.00 Pagi - 2.00 Petang
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  6 Orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran permainan, memperkukuhkan kerjasama berpasukan, mengenalpasti bakat baru, dan menggalakkan aktiviti sihat di kalangan belia melalui pendekatan yang berfokus kepada strategi dan teknik terkini.

Aktiviti:

1. Latihan Stratergi dan Taktik: Sesi perbincangan dan praktikal untuk memahami peta permainan, pemilihan hero, dan strategi pasukan yang efektif.

2. Simulasi Pertandingan: Mengadakan perlawanan latihan antara pasukan untuk mengasah kemahiran individu dan meningkatkan koordinasi pasukan dalam situasi pertandingan sebenar.

3. Analisis Permainan: Menonton dan menganalisis rakaman permainan profesional atau sesi permainan yang dijalankan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, serta memperbaiki teknik dan keputusan permainan.

4. Pada saringan kali ini, kumpulan mewakili NADI Taman Harmoni telah tewas dengan kumpulan mewakili NADI Kg Baru Nelayan.

Gambar Disini

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________