Tarikh  18 September 2024
 Masa  4.00 P.M - 5.00 P.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  5 Orang

 

Tujuan:

Memastikan peserta menguasai kedudukan huruf pada papan kekunci dengan cekap dan tepat, serta meningkatkan kemahiran menaip mereka. Program ini bertujuan membantu peserta menaip dengan lebih pantas dan tepat, sambil mengurangkan kesilapan, untuk menyokong produktiviti dalam tugasan digital harian.

 

Aktiviti:

1. Mengadakan kuiz interaktif untuk menilai pengetahuan peserta mengenai kedudukan huruf di papan kekunci.

2. Melaksanakan latihan menaip berstruktur untuk meningkatkan kecepatan dan ketepatan peserta dalam menggunakan papan kekunci.

3. Menggunakan permainan menaip dalam talian untuk menggalakkan pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif.

4. Memberi latihan praktikal yang melibatkan tugasan menaip teks untuk memperkukuh kemahiran asas penggunaan papan kekunci.

 

Gambar Disini

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  18 September 2024
 Masa  3.00 P.M - 4.00 P.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  5 Orang

 

Tujuan:

 

Membimbing peserta dalam penggunaan tetikus dengan cekap serta memperkasa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan peserta menguasai peranti digital, di samping memupuk kemahiran pemikiran komputasional dan teknikal yang relevan dalam dunia teknologi masa kini.

 

Aktiviti:

1. Menguji tahap kecekapan dan kompetensi peserta dalam meneroka, menyelesaikan masalah, serta mereka bentuk melalui platform permainan dalam talian.

2. Meningkatkan kemahiran proses yang meliputi kemahiran sains, matematik, reka bentuk, dan pemikiran komputasional bagi memupuk kreativiti dan kefahaman mendalam.

3. Meningkatkan kemahiran teknikal yang berkaitan dengan psikomotor, termasuk kemahiran manipulatif, pengurusan, serta pengendalian bahan, alatan, dan mesin dengan cara yang betul dan selamat.

 

 

 

Gambar Disini

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  9 September 2024
 Masa  9.00 A.M - 1.00 P.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  7 Orang

 

Tujuan:

Program SSM BizStart bertujuan untuk memperkasakan usahawan baharu dengan pengetahuan, kemahiran, sokongan rangkaian, akses pembiayaan, literasi kewangan, inovasi teknologi, serta memupuk semangat keusahawanan bagi memastikan kelestarian dan pertumbuhan perniagaan.

 

Aktiviti:

1. Sesi pembelajaran maya yang menampilkan pakar industri dan usahawan berjaya berkongsi pengalaman, tips, dan strategi untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.

2. Aktiviti seperti kuis berkaitan keusahawanan atau cabaran media sosial untuk meningkatkan pengetahuan peserta dan menggalakkan penglibatan, sambil membina kesedaran tentang program ini.

3. Platform maya untuk usahawan berinteraksi, bertukar idea, membina rangkaian, serta memupuk kerjasama dan peluang perniagaan di kalangan peserta.

 

Gambar Disini

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  18 September 2024
 Masa  2.00 P.M - 3.00 P.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  5 Orang

 

Tujuan:

Memberi bimbingan kepada peserta dalam aktiviti mewarna berdasarkan nombor yang ditetapkan, bagi mengasah kreativiti dan kemahiran pemikiran mereka.

 

Aktiviti:

1. Meningkatkan kecekapan dan kompetensi peserta dalam meneroka, menyelesaikan masalah, serta mereka bentuk melalui permainan atas talian yang interaktif dan mencabar.

2. Mengasah kemahiran proses yang merangkumi kemahiran proses sains, matematik, reka bentuk, serta pemikiran komputasional bagi memupuk kebolehan menyelesaikan masalah secara sistematik dan kreatif.

3. Meningkatkan kemahiran teknikal yang melibatkan aspek psikomotor, termasuk kemahiran manipulatif, pengurusan dan pengendalian bahan, alatan, serta mesin dengan kaedah yang betul dan selamat.

Gambar Disini

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tarikh  1 September 2024
 Masa  10.00 A.M - 1.00 P.M
 Tempat  NADI Taman Harmoni
 Peserta  7 Orang

 

Tujuan:

Meningkatkan kemahiran permainan, memperkukuhkan kerjasama berpasukan, mengenalpasti bakat baru, dan menggalakkan aktiviti sihat di kalangan belia melalui pendekatan yang berfokus kepada strategi dan teknik terkini.

 

Aktiviti:

1. Latihan Strategi dan Taktik: Sesi perbincangan dan praktikal untuk memahami peta permainan, pemilihan hero, dan strategi pasukan yang efektif.

2. Simulasi Pertandingan: Mengadakan perlawanan latihan antara pasukan untuk mengasah kemahiran individu dan meningkatkan koordinasi pasukan dalam situasi pertandingan sebenar.

3. Analisis Permainan: Menonton dan menganalisis rakaman permainan profesional atau sesi permainan yang dijalankan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, serta memperbaiki teknik dan keputusan permainan.

 

 

Gambar Disini

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________